Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong berkenan Brisk Walk bersama warga Istana Negara, galakkan gaya hidup sihat
  • SEMASA

Agong berkenan Brisk Walk bersama warga Istana Negara, galakkan gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 21 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyertai program Brisk Walk bersama warga Istana Negara sebagai usaha mengalakkan gaya hidup sihat. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyertai program Brisk Walk bersama warga Istana Negara sebagai usaha mengalakkan gaya hidup sihat.

Menurut perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar program aktiviti santai itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Seri Paduka Baginda dengan kakitangan Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer mengelilingi perimeter dalam kawasan Istana Negara.

“Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) itu disertai kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Istana Negara, pasukan keselamatan Istana serta petugas pengurusan fasiliti,” menurut catatan itu. 

Antara yang turut serta ialah Datuk Pengelola Bijaya DirajaTan Sri Azmi Rohani, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Pengerusi KEKSIN Zulkifly Yunus serta pegawai kanan Istana Negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Brunei penyumbang utama pelancong ke Sarawak
Next: Penyasaran semula subsidi tidak jejas bekalan telur, kekal stabil dan mencukupi – Mohamad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.