Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agihan korban perlu ikhlas, bukan medan tuntutan
  • Selatan
  • WILAYAH

Agihan korban perlu ikhlas, bukan medan tuntutan

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap ketika ditemui media pada majlis pengagihan daging korban Daerah Asajaya 2025 yang berlangsung sempena sambutan Aidiladha 1446H.

ASAJAYA: Pengagihan daging korban sempena Aidiladha haruslah dilaksanakan dengan penuh amanah dan berpaksikan kepada keikhlasan ibadah, bukan dipolitikkan atau dijadikan medan tuntutan yang tidak wajar.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, semangat pengorbanan yang menjadi asas kepada sambutan Aidiladha sepatutnya mendorong umat Islam untuk menilai kembali niat dan keikhlasan dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Hari Raya Korban ini bukan sekadar sembelih lembu dan diagih-agihkan daging. Ia berkait dengan keikhlasan. 

“Ada lembu yang saya sumbangkan sendiri daripada wang saya, dan ada juga yang dibeli menggunakan peruntukan melalui MRP (Minor Rural Project). Tapi semuanya dilakukan dengan niat untuk membantu.

“Agihan daging korban hanya sah diberikan kepada golongan yang layak, khususnya asnaf dan penentuan senarai penerima perlu dibuat secara telus oleh jawatankuasa kampung, masjid, atau surau, tanpa sebarang pengaruh politik atau tuntutan berdasarkan kecenderungan peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis pengagihan daging korban Daerah Asajaya 2025 yang berlangsung sempena sambutan Aidiladha 1446H.

Tambah beliau, golongan asnaf digalakkan untuk memperkukuh daya saing serta berusaha mengubah kehidupan demi keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Masyarakat perlu mengambil peluang daripada arus pembangunan pesat yang sedang melanda kawasan seperti Asajaya.

“Kita semua ada tanggungjawab untuk berusaha memajukan diri. Sepanjang saya berkhidmat sebagai wakil rakyat, banyak perubahan telah berlaku di Asajaya.

“Dengan peningkatan pembangunan, kemudahan jalan raya dan sekolah bertambah baik, sekaligus melahirkan lebih ramai anak muda yang berjaya, walaupun ibu bapa mereka dulu tidak berpeluang ke universiti, hari ini hampir setiap kampung ada anak yang bergelar graduan,” jelasnya

Beliau turut menekankan bahawa pendidikan adalah asas utama untuk membina kehidupan lebih baik dan membuka peluang lebih luas buat golongan berpendapatan rendah.

Majlis tersebut turut menyaksikan seramai 69 penerima asnaf dari Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Asajaya Laut menerima agihan sebanyak 200 kilogram daging korban yang disempurnakan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, bersama barisan pemimpin setempat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh ikatan silaturahim dalam kalangan komuniti
Next: ADUN Bukit Assek sumbang lembu sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.