Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agihan kerusi PRN Sarawak perlu adil, ambil kira kepelbagaian kaum – Nancy
  • TEMPATAN

Agihan kerusi PRN Sarawak perlu adil, ambil kira kepelbagaian kaum – Nancy

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas Program Shopping Raya Pekema Sarawak Bersama Anak-Anak Asnaf dan Anak Yatim di sebuah pusat membeli-belah di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Pengagihan kerusi pilihan raya di Sarawak perlu dilakukan secara adil dengan mengambil kira kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat di negeri ini, tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak yang dilaporkan berminat untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya negeri akan datang, termasuk di Beting Maro.

Menurutnya, perkara tersebut bagaimanapun lebih sesuai dijawab oleh pimpinan tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Perkara itu sebaiknya dijawab oleh pimpinan tertinggi parti kerana saya sendiri tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya.

“Namun yang penting adalah memastikan pengagihan kerusi dilakukan secara adil kepada semua kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Shopping Raya Pekema Sarawak Bersama Anak-Anak Asnaf dan Anak Yatim di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini.

Nancy berkata, Sarawak mempunyai kawasan yang luas serta masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Cina yang memerlukan wakil masing-masing.

Justeru katanya, pengagihan kerusi perlu mengambil kira keperluan untuk memastikan semua komuniti di negeri ini mendapat perwakilan yang sewajarnya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: KPWKM teliti kes tiga remaja dikaitkan keganasan di media sosial
Next: ‘Shopping Raya’ ceria 250 anak asnaf sambil raikan Hari Wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.