Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agihan bubur pedas eratkan hubungan jabatan dan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Agihan bubur pedas eratkan hubungan jabatan dan komuniti

Utusan Sarawak 6 hours ago
AGIH…Orang ramai menerima bubur pedas yang diagihkan dalam Program Agihan Bubur Pedas anjuran LANDAS Miri di pekarangan Bangunan Medan Niaga SEDC , petang tadi.

MIRI: Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Tanah dan Survei (LANDAS) Miri dengan kerjasama Surau LANDAS Miri menganjurkan Program Agihan Bubur Pedas sebagai usaha mengeratkan hubungan antara warga jabatan dan masyarakat setempat sempena Ramadan.

Program itu berlangsung di pekarangan luar Bangunan Medan Niaga SEDC bermula 3.30 petang tadi.

Bubur pedas yang terkenal sebagai hidangan tradisional masyarakat Sarawak sering dikaitkan dengan Ramadan dan menjadi simbol perpaduan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.

AGIH…Orang ramai menerima bubur pedas yang diagihkan dalam Program Agihan Bubur Pedas anjuran LANDAS Miri di pekarangan Bangunan Medan Niaga SEDC , petang tadi.

Melalui program tersebut, pihak penganjur bukan sahaja menyantuni kakitangan jabatan malah turut mengagihkan bubur pedas kepada orang ramai termasuk golongan yang memerlukan.

Penganjuran program itu juga bertujuan mengukuhkan hubungan antara Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan komuniti sekitar, selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama atau status sosial.

Di samping itu, inisiatif berkenaan memberi peluang kepada warga jabatan untuk berganding bahu berkongsi rezeki serta menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Program berkenaan juga dilihat mampu meningkatkan kesedaran komuniti terhadap peranan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam menyumbang kepada pembangunan sosial serta kebajikan masyarakat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf perparitan di Jalan Semeba siap
Next: Perbanyak aktiviti keagamaan imarahkan masjid sepanjang Ramadan – ADUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.