Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agihan bubur lambuk, kurma tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Agihan bubur lambuk, kurma tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan bubur lambuk dan kurma kepada penerima. Foto UKAS

SARIKEI: Sebanyak 250 bungkusan bubur lambuk dan 150 kotak kurma diedarkan kepada penduduk setempat dalam program pengagihan bubur lambuk dan kurma sempena Ramadan anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Repok di Taman Selera Baji Jaya, di sini petang semalam.

Program tersebut turut diserikan kehadiran Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Beliau turut menyumbang bubur lambuk dan kurma sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Meskipun cuaca hujan, namun edaran bubur lambuk dan kurma berjalan lancar serta mendapat sambutan hangat daripada penduduk.

Tiong Sii berkata, program seperti ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat Ramadan, malah memperkukuh perpaduan komuniti.

“Agihan bubur lambuk ini bagai simbol perpaduan dan menghidupkan amalan bersedekah sempena Ramadan yang penuh keberkatan.

“Program ini juga mewujudkan semangat kerjasama serta kasih sayang dalam kalangan komuniti Sarikei,” katanya ketika ditemui media.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PBB Cawangan Repok atas usaha menganjurkan program tersebut yang dilihat memberi manfaat besar kepada penduduk.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus dan menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

“Semoga program sebegini terus diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat prihatin dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima PPS banjir kekal aktif
Next: Bantuan mangsa banjir boleh disalurkan melalui JKM Bahagian Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.