Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agih makanan untuk petugas barisan hadapan
  • TEMPATAN

Agih makanan untuk petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago

Cheryl Law

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah turun padang meninjau pengagihan makanan kepada petugas di barisan hadapan.

Ditemani Setiausaha Tetap KWKPK, Pemangku Pengarah JKM dan Pemangku Residen Bahagian Kuching dan Dr Cheong, beliau meninjau pengagihan makanan kepada petugas di barisan hadapan itu di Kompleks Belia dan Sukan, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata sebanyak 300 bungkus makanan disediakan untuk petugas di barisan hadapan Hospital Umum Sarawak (HUS), OMC, RELA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Beliau berkata, jumlah kakitangan di barisan hadapan yang bertugas di seluruh Sarawak setakat ini ialah seramai 9306 orang.

“Saya percaya bilangan ini akan bertambah. Ada kakitangan di barisan hadapan yang belum dapat makanan hari ini sebab agensi berkaitan masih dalam proses mencari pembekal.

“Kualiti, kuantiti, kebersihan, keselamatan makanan serta keupayaan pembekal makanan perlu diambil kira,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah serta pasukannya turut melawat Kozi Square dan berjumpa dengan Pengurus makanan dan minuman yang membekal makanan berkenaan.

Fatimah memberitahu, pemiliknya, Stephen Wong membekalkan makanan dibungkus kepada kakitangan perubatan sebagai tanggungjawab sosial korporat dengan 200 bungkus untuk makan tengah hari, 200 bungkus untuk makan malam tiga kali seminggu.

“Selain itu, beliau juga menawarkan hotelnya sebagai tempat berehat bagi pasukan perubatan secara percuma,” katanya.

Continue Reading

Previous: Penting kesedaran patuhi PKP
Next: Covid-19: Meninggal dunia kes ‘import’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.