Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agensi persekutuan perlu tingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
  • TEMPATAN

Agensi persekutuan perlu tingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat

Utusan Sarawak 5 hours ago
AGENSI PERSEKUTUAN… Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah pada Sesi Perjumpaan Ahli Parlimen Limbang bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Daerah Limbang 2026 dan Majlis Berbuka Puasa, semalam.

LIMBANG: Kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan komitmen berterusan bagi 44 agensi kerajaan yang terdapat di daerah ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, penyelarasan berterusan antara Ahli Parlimen dan jabatan persekutuan amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar serta program kerajaan berjalan lancar.

Menurut beliau, hubungan kerja yang kukuh antara semua pihak mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sekali gus menyokong agenda pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan bersepadu.

“Kewujudan 44 agensi persekutuan di daerah ini, sudah cukup baik bagi bahagian yang menjadi pusat pentadbiran. Banyak perkara dan urusan melibatkan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

“Dulu, semua urusan dan keputusan dibuat di Miri, tetapi dengan adanya 44 agensi persekutuan di sini, kecekapan perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan,” katanya.

AGENSI PERSEKUTUAN… Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah pada Sesi Perjumpaan Ahli Parlimen Limbang bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Daerah Limbang 2026 dan Majlis Berbuka Puasa, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sesi Perjumpaan Ahli Parlimen Limbang bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Daerah Limbang 2026 dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Kampung Bunga Raya, di sini, semalam.

Hasbi turut menekankan bahawa aspek integriti perlu menjadi keutamaan serta kewajipan mutlak dalam pentadbiran kerana pembangunan tidak dapat dilaksanakan sekiranya masih wujud kelemahan dari segi tadbir urus.

Sehubungan dengan itu, penjawat awam yang memegang amanah perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Banjir di Kampung Siol Kandis surut sepenuhnya
Next: SDCA anjur Bengkel Pemantapan Juri Kumang dan Keling 2026 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.