Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agensi penguat kuasa digesa teruskan pendidikan keselamatan jalan raya
  • TEMPATAN

Agensi penguat kuasa digesa teruskan pendidikan keselamatan jalan raya

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENDIDIKAN JALAN RAYA… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa agar agensi penguat kuasa meneruskan program pendidikan keselamatan jalan raya secara konsisten kepada pengguna di Sarawak.

LAWAS: Semua agensi penguat kuasa di negeri ini digesa agar terus mempergiat program kesedaran dan pendidikan keselamatan jalan raya secara berterusan, terutamanya kepada penunggang motosikal dan pemandu yang cuai.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata pendekatan berterusan amat penting bagi membentuk sikap lebih bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.

“Kita bersyukur ramai yang berjaya memperoleh lesen memandu melalui program MyLesen ini.
Namun, dalam masa yang sama, saya menyeru agar agensi penguat kuasa seperti JPJ dan polis meneruskan kempen keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Ia penting untuk kebaikan bersama dan bagi menjaga keselamatan di jalan raya, terutama kepada penunggang motosikal yang terdedah kepada risiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 MyLesen Peringkat N.82 Bukit Sari Lawas, yang diadakan di Stadium Tertutup Lawas, semalam.

Program anjuran bersama JPJ Sarawak, Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.81 Bukit Sari Lawas, dan Institut Memandu Lawas itu menyaksikan seramai 980 penerima lesen baharu diraikan.

Awang Tengah juga menyuarakan harapan agar kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Sarawak dapat dikurangkan dari semasa ke semasa melalui pendidikan keselamatan yang berterusan dan penguatkuasaan yang tegas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemegang MyLesen perlu hargai dan manfaat lesen diperoleh
Next: Kekuatan institusi keluarga penentu pembangunan Sarawak – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.