Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agensi pelaksana diminta beri komitmen penuh pada projek manfaat penduduk
  • WILAYAH

Agensi pelaksana diminta beri komitmen penuh pada projek manfaat penduduk

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Gerawat Gala mempengerusikan mesyuarat prestasi dan penyelarasan bersama JKR dan agensi pelaksana, di JKR Miri, hari ini.

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, mempengerusikan mesyuarat prestasi dan penyelarasan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi pelaksana di JKR Miri, hari ini bagi meneliti perkembangan semasa projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual, selain membolehkan isu teknikal dan logistik di kawasan luar bandar serta pedalaman ditangani dengan segera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata penyelarasan yang baik antara jabatan juga perlu diperkukuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek serta keutamaan diberikan kepada keperluan rakyat setempat.

Menerusi perkongsian dalam aplikasi WhatsApp, Gerawat berkata fokus perbincangan turut menjurus kepada cabaran pelaksanaan projek di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk aspek akses, bekalan bahan binaan serta pemantauan di tapak projek.

Beliau turut menegaskan agar setiap agensi terus memberikan komitmen penuh supaya projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk kawasan Mulu.

Tambah beliau, kerjasama erat antara semua pihak amat penting bagi memastikan pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat, selaras dengan usaha memperkasa kemudahan asas serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan Mulu.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis lancar operasi mencari kanak-kanak lelaki hilang di Bau
Next: MDLBS zahir takziah insiden tragis libatkan tiga kanak-kanak di Sibu Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.