Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agensi bencana Sarawak digesa manfaatkan AI, teknologi terkini
  • TEMPATAN

Agensi bencana Sarawak digesa manfaatkan AI, teknologi terkini

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGERUSI Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa menyampaikan amanat dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka, malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Agensi berkaitan pengurusan bencana di Sarawak digesa memperluaskan penggunaan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) dan sistem analisis data bagi meningkatkan keupayaan meramal serta bertindak lebih awal terhadap sebarang bencana.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Meteorologi Malaysia, JPBNS serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) perlu meneroka penggunaan teknologi baharu bagi memperkukuh sistem amaran awal dan pengurusan bencana di negeri ini.

“Saya menggesa agensi seperti DID, Jabatan Meteorologi, JPBNS dan UKPS untuk memanfaatkan teknologi.

“Kita perlu menggunakan teknologi terkini supaya kita dapat meramal lebih awal kawasan yang berpotensi dilanda banjir,” katanya semasa menyampaikan amanat dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka, di sini, malam ini.

PENGERUSI Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas merakamkan gambar kenangan dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka, malam ini. Foto UKAS

Menurut Datuk Amar Douglas Uggah pengalaman pengurusan krisis di luar negara menunjukkan teknologi mampu membantu pihak berkuasa meramalkan kejadian bencana beberapa hari lebih awal, sekali gus memberi masa mencukupi untuk memindahkan penduduk serta menyediakan keperluan logistik.

“Jika kita mempunyai teknologi ramalan yang lebih baik, mungkin dua atau tiga hari lebih awal kita sudah dapat menjangka kawasan berisiko dan membuat persediaan sewajarnya,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, pengalaman banjir di Selangau sebelum ini menunjukkan cabaran logistik apabila aset perlu digerakkan dari Kuching, yang mengambil masa agak lama.

Beliau menambah, pendekatan tersebut juga penting memandangkan keluasan Sarawak yang memerlukan perancangan rapi bagi memastikan aset dan bantuan dapat digerakkan dengan lebih efisien ketika berlaku bencana.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak saksikan simbolik penyerahan zakat perniagaan Yayasan Sarawak
Next: DUN Pantai Damai mungkin dipecah, Abdul Rahman akur keputusan SPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.