Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agenda mesyuarat khas DUN Sarawak diumum 7 Julai – Premier
  • SEMASA

Agenda mesyuarat khas DUN Sarawak diumum 7 Julai – Premier

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media majlis perasmian Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025. Foto UKAS 

KUCHING: Agenda rasmi bagi Mesyuarat Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadual berlangsung pada 7 Julai ini akan diumumkan semasa sesi pra-majlis, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, pengumuman itu akan dibuat oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, sebelum sidang khas tersebut bermula.

“Kita akan adakan pra-majlis, dan Speaker akan mengumumkan agenda sempena mesyuarat khas ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, di sini hari ini.

Sebelum ini, satu notis rasmi bertarikh 7 Julai telah dihantar kepada kesemua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi memaklumkan berkenaan mesyuarat khas berkenaan.

Notis yang ditandatangani oleh Speaker itu turut menyatakan bahawa mesyuarat akan bermula pada 9.00 pagi, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 8(3) DUN Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar pelaburan besar menerusi Minggu Tenaga Antarabangsa 2025
Next: Kementerian Komunikasi selaras dana Majlis Media Malaysia agar disediakan dalam masa terdekat – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.