Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agenda digital Sarawak terus diperkasa, S Pay Global bukti kejayaan
  • SEMASA

Agenda digital Sarawak terus diperkasa, S Pay Global bukti kejayaan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
 SYED Mohamad Fauzi Shahab berucap mewakili Dato Sri Julaihi Narawi semasa pembukaan Persidangan Digital Technology Nexus 2025 (DigitalNEXUS) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Hilton Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus komited memacu pembangunan ekonomi digital yang inklusif dan menyeluruh, selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, antara pencapaian ketara dalam agenda digital negeri adalah melalui platform kewangan digital milik kerajaan, S Pay Global, yang mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap perkhidmatan tanpa tunai.

“Setakat 15 Jun 2025, S Pay Global telah mencatatkan 1.587 juta pengguna berdaftar dan 94,700 peniaga dengan nilai transaksi melebihi RM5.21 bilion.

“Kejayaan ini membuktikan usaha Sarawak dalam membudayakan ekonomi digital di peringkat akar umbi. Ia bukan sahaja memudahkan urusan harian rakyat, malah menggalakkan penyertaan peniaga kecil ke dalam ekosistem digital,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Syed Mohamad Fauzi Shahab, ketika merasmikan Persidangan Digital Technology Nexus 2025 (DigitalNexus) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Hilton Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, Julaihi turut menegaskan kepentingan Sarawak memiliki kerangka tadbir urus data yang menyeluruh dan kukuh bagi memastikan pelaksanaan transformasi digital berjalan secara sistematik dan selamat.

“Kita perlu memaksimumkan nilai data raya melalui pendekatan holistik yang melibatkan aspek manusia, proses dan teknologi.

“Tanpa tadbir urus yang kukuh, transformasi digital tidak akan memberi impak sebenar kepada masyarakat dan perkhidmatan kerajaan,” jelasnya.

Tambahnya, sejak pertengahan 2024, Sarawak Multimedia Authority (SMA) telah mengetuai pembangunan Kerangka Tadbir Urus Data Sarawak merangkumi pembaharuan dasar, struktur pentadbiran serta strategi pelaksanaan secara berperingkat.

Persidangan DigitalNexus selama dua hari itu menjadi platform penting memperkukuh kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pengajian tinggi dalam meneroka teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, Internet Benda (IoT) dan analitik data raya (Big Data) yang mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta inovasi digital di negeri ini.

Turut hadir, Naib Canselor Unimas Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Ir Dr Siti Noor Linda Taib, Penolong Naib Canselor (Libat Urus Industri dan Komuniti serta Kelestarian) Profesor Madya Ts Noraziah Abdul Wahab, dan Ketua Pegawai Digital Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah selamat tiba di Kuching
Next: Premier Sarawak terima kunjungan hormat anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf, perkukuh kerjasama ummah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.