Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • AGC bantah permohonan peguam Albert Tei untuk cabar dua arahan SPRM
  • MAHKAMAH

AGC bantah permohonan peguam Albert Tei untuk cabar dua arahan SPRM

Utusan Sarawak 2 days ago
PEGUAM kepada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Yoke Yee Ching.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membantah permohonan peguam Mahajoth Singh untuk mendapatkan kebenaran memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar dua arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan anak guamnya, ahli perniagaan Albert Tei.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah bahawa arahan SPRM terhadap Mahajoth, 31, untuk memeriksa beliau dan memintanya mengemukakan dokumen tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

“Arahan di bawah Seksyen 30(1)(a) and (b) Akta SPRM 2009 merupakan pelaksanaan fungsi dalam proses siasatan jenayah.

“Justeru, ia tidak tertakluk kepada semakan kehakiman,” katanya semasa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Yoke Yee Ching.

Peguam N. Surendran, yang mewakili Mahajoth, pula berkata arahan itu tidak sah serta tidak boleh dikuat kuasa kerana SPRM telah melanggar perlindungan statutori terhadap komunikasi terlindung antara peguam dan anak guamnya di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 serta Seksyen 46(2) Akta SPRM 2009.

Mahkamah menetapkan 28 Januari ini untuk memutuskan permohonan Mahajoth yang difailkan pada 9 Disember lepas. 

Antara barangan yang diminta oleh SPRM dalam arahan itu ialah telefon bimbit Tei, dokumen berkaitan pembelian perabot, pakaian, kamera serta salinan perbualan WhatsApp antara Tei dan beberapa individu.    – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan kekal bebas pertuduhan pengabaian
Next: Shuib mengaku salah promosi vape, didenda RM10,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.