Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Afrika Selatan kembali jalani perintah berkurung
  • GLOBAL

Afrika Selatan kembali jalani perintah berkurung

Utusan Sarawak 5 years ago
RAMAPHOSA juga melarang kunjungan keluarga dan sosial bagi mengekang penularan Covid-19.• Foto AFP

AFRIKA SELATAN: Afrika Selatan mengembalikan perintah berkurung pada waktu malam selepas kes jangkitan Covid-19 di negara tersebut meningkat secara mendadak, sekali gus berisiko melemahkan sistem kesihatan negara.

Perintah berkurung dari jam 9.00 malam hingga jam 4.00 pagi mulai Isnin juga membabitkan perberhentian penjualan alkohol, kata Presiden Cyril Ramaphosa.

“Ketika kita menuju ke puncak jangkitan, sangat penting kita tidak membebani klinik dan hospital dengan kecederaan yang berkaitan dengan alkohol.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk menjaga kemampuan hospital, maka penjualan, pengeluaran dan pengedaran alkohol akan ditangguhkan dengan segera,” kata Ramaphosa.

Pegawai Kesihatan Afrika Selatan sebelum ini memberi amaran kekurangan katil dan bekalan oksigen bagi merawat pesakit Covid-19 akibat peningkatan kes.

Jumlah jangkitan sejak beberapa hari kebelakangan ini meningkat dengan sekurang-kurangnya 12,000 kes dicatatkan setiap hari, menjadikan sekitar 500 jangkitan setiap jam.

Afrika Selatan adalah negara yang paling teruk terjejas di benua ini dengan 276,242 kes direkodkan termasuk 4,079 kematian pada Ahad.

Kali pertama larangan penjualan minuman keras di Afrika Selatan dilaksanakan pada Mac sebelum ditarik balik pada 1 Jun.-AFP

Continue Reading

Previous: Disney World dibuka semula
Next: Angka kematian cecah 567,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.