Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China, India setuju ketegangan
  • GLOBAL

China, India setuju ketegangan

Utusan Sarawak 5 years ago
KAWASAN sempadan pergunungan Himalaya yang menjadi pertikaian antara India dengan China. • Foto AFP

NEW DELHI: India dan China sepakat untuk tidak menghantar lebih banyak anggota tentera sebagai usaha mengurangkan ketegangan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.

Terdahulu, kedua-dua pihak pada Isnin mengadakan pertemuan peringkat komander tentera untuk membincangan kaedah mengurangkan ketegangan di  sepanjang Garis Kawalan Sebenar (LAC). 

Kedua-dua negara turut bersetuju “memperkukuh komunikasi untuk mengatasi prasangka dan salah faham, berhenti menghantar lebih banyak pasukan tentera di barisan hadapan dan mengelak mengambil tindakan secara sepihak,” kata Kementerian Luar India dalam satu kenyataan.

Pertikaian sempadan di wilayah Ladakh memuncak selepas pertempuran pada 15 Jun lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 20 tentera India terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Berikutan itu, kedua-dua pihak mengerahkan ribuan pasukan di kawasan sempadan berkenaan sehingga menimbulkan risiko konflik baharu ketenteraan.

Sementara itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa seorang lelaki Tibet yang bertugas sebagai anggota polis di Queens di sini, atas pertuduhan melakukan pengintipan.

Lelaki berkenaan didakwa mengumpul maklumat mengenai komuniti Tibet untuk Kerajaan China.

Berdasarkan kertas pendakwaan, dia juga dikatakan bertindak atas arahan seorang konsulat China di New York.

Menerusi kenalannya dalam kalangan komuniti Tibet, lelaki itu mengumpul maklumat mengenai aktiviti masyarakat terbabit dan mengenal pasti sumber maklumat berkenaan.

Selain itu, lelaki berkenaan yang juga anggota pasukan tentera simpanan Amerika Syarikat (AS) didakwa membenarkan individu dari konsulat China untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh Jabatan Polis New York (NYPD).

Kerajaan China didakwa membayar lelaki berkenaan ribuan dolar untuk perkhidmatannya.

Pegawai berkenaan didakwa atas empat pertuduhan, termasuk menyertai khidmat negara asing di bumi AS dan menghalang operasi tugas awam.

Dia sudah dihadapkan di mahkamah pada Isnin dan kini dalam tahanan, kata jurucakap Timbalan Pendakwa Raya Brooklyn.

Menurut NYPD, anggota polis itu kini ditanggung tugas tanpa menerima gaji.

Dilahirkan di China, lelaki itu menerima suaka politik daripada AS dengan mendakwa disiksa oleh Kerajaan China kerana berketurunan etnik Tibet.

Bagaimanapun, siasatan pihak berkuasa mendapati, ibu bapanya adalah ahli kepada Parti Komunis China.

Selepas membenarkan kuasa autonomi bagi Tibet untuk mentadbir wilayah itu antara 1912-1950, Beijing mengambil alih wilayah berkenaan pada 1951.

Pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama tinggal dalam buangan sejak 1959.-AFP

Continue Reading

Previous: Trump umum calon hakim Sabtu ini
Next: Selesaikan konflik Palestin, Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.