Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Afgan kembali ke akar pop Indonesia dengan single Kacamata
  • HIBURAN

Afgan kembali ke akar pop Indonesia dengan single Kacamata

Utusan Sarawak 24 hours ago
AFGAN kembali dengan single terbaharu berjudul Kacamata.

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun tidak menghasilkan album berbahasa Indonesia, penyanyi popular Afgan kembali ke akar muzik pop yang membentuk identitinya menerusi single terbaharu berjudul Kacamata.

Lagu itu menjadi pembuka tirai kepada album ketujuhnya Retrospektif, yang dijadualkan dilancarkan November ini, sekali gus menandakan perjalanan pulang Afgan ke warna muzik asal yang memperkenalkan namanya hampir dua dekad lepas.

Afgan atau nama penuhnya Afgansyah Reza, 36, berkata Kacamata mengekalkan identiti pop yang sinonim dengannya namun diperkaya dengan elemen R&B moden serta produksi muzik yang lebih kontemporari.

Lebih menarik, lagu itu turut menonjolkan permainan gitar sebagai elemen utama berbeza dengan kebanyakan karya Afgan terdahulu yang lebih berteraskan piano dan orkestra.

“Kacamata sangat mewakili era itu. Selama 15 tahun berkarya, saya dikenali dengan imej berkaca mata dan lagu-lagu pop, jadi secara simbolik single ini amat tepat untuk membuka tirai album baharu saya,” katanya dalam kenyataan.

Afgan berkata selain membawa simbol perjalanan muziknya, Kacamata juga menyampaikan pesanan yang mendalam.

“Jangan terlalu berharap pada manusia kerana satu-satunya yang boleh kita sandarkan hanyalah Tuhan. Lagu ini ibarat peringatan agar kita tidak kehilangan diri sendiri ketika berdepan dengan kekecewaan.

“Dengan ritma yang ringan dan lirik yang mudah diingati, Kacamata memberi rasa positif sekali gus membuat pendengar tersenyum di tengah kegalauan, menyedarkan bahawa hidup tak selamanya berat dan mengajak kita menikmati setiap fasa kehidupan,” katanya.

Afgan turut bekerjasama dengan tiga pemuzik berbakat iaitu Iqbal Siregar, Petra Sihombing dan Kamga Mohammed dalam proses kreatif lagu itu.

“Proses rakaman berlangsung pantas namun teratur. Sesi rakaman vokal diselesaikan dalam setengah hari, manakala keseluruhan produksi termasuk proses mixing dan mastering siap dalam tempoh sekitar dua bulan,” katanya.

Video muzik arahan Shadtoto Prasetio mengetengahkan visual nostalgia era 90-an dengan gaya minimalis moden, menampilkan Afgan bergandingan dengan pelakon Yuki Kato dalam permainan catur sebagai simbolisme perjalanan cinta yang penuh strategi dan pengorbanan.

Kacamata boleh didengar di semua platform penstriman digital sejak 10 Oktober lepas. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bekas suami Sia tuntut nafkah RM1.2 juta sebulan
Next: Bekas gitaris KISS, Ace Frehley meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.