Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AFFIN Group cemerlang ESG, raih penarafan ‘AA’ daripada MSCI
  • BISNES

AFFIN Group cemerlang ESG, raih penarafan ‘AA’ daripada MSCI

Utusan Sarawak 15 hours ago
AFFIN Group.

KUALA LUMPUR: AFFIN Group kini berada dalam kalangan peneraju global dalam prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selepas menerima peningkatan penarafan ESG daripada ‘A’ kepada ‘AA’ oleh Morgan Stanley Capital International (MSCI).

Peningkatan ini mencerminkan komitmen kukuh AFFIN terhadap kelestarian, pematuhan kepada piawaian etika yang tinggi serta amalan tadbir urus yang telus. 

Ia juga selaras dengan Pelan Strategik Axelerate 2028 (AX28) yang menekankan teras ‘Perbankan Bertanggungjawab dengan Impak’, ketika kumpulan itu terus berusaha menjadi syarikat kewangan paling kreatif dan inovatif di Malaysia.

Laporan penarafan ESG terkini oleh MSCI menilai peningkatan ini sebagai hasil daripada penambahbaikan dalam aspek tadbir urus korporat AFFIN. 

Hal ini termasuk pengawasan lembaga yang lebih berkesan, tahap akauntabiliti yang tinggi dan ketelusan yang selari dengan amalan terbaik di peringkat global.

AFFIN turut dikenal pasti mengatasi rakan industri lain terutamanya dalam aspek tadbir urus korporat, perlindungan kewangan pengguna serta amalan privasi data. 

Aspek mitigasi risiko keselamatan siber, ketelusan produk dan polisi pemberi maklumat serta etika perniagaan dan pengawasan AFFIN juga dinilai setanding atau lebih baik daripada piawaian antarabangsa.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata pengiktirafan ini adalah bukti kemajuan nyata yang telah dicapai oleh AFFIN dalam mengintegrasikan prinsip kelestarian ke dalam operasi, budaya dan tadbir urus syarikat.

“Kami berbesar hati menerima penarafan AA daripada MSCI. Ia mencerminkan bagaimana prinsip kelestarian bukan sekadar pematuhan. 

“Malah, menjadi pemacu utama dalam mencipta nilai untuk pihak berkepentingan dan memastikan daya tahan jangka panjang syarikat,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini. 

Penarafan ESG pada tahap AA ini turut mengukuhkan kedudukan jenama AFFIN dalam kalangan pelabur institusi global yang mencari peluang pelaburan berfokuskan ESG di rantau ASEAN.

Sebagai sebahagian daripada strategi ESG, AFFIN terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan berorientasikan matlamat seperti pembiayaan hijau, penyelesaian pelaburan beretika serta penawaran digital inklusif yang menyokong kesejahteraan kewangan dan pemeliharaan alam sekitar.

Antara inisiatif terbaharu termasuk sokongan terhadap perusahaan sosial, peminjam yang peka terhadap perubahan iklim dan komuniti kurang mendapat perkhidmatan menerusi portfolio perbankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mereka, yang memberi nilai dari sudut komersial dan kemasyarakatan.

MSCI ESG Ratings merupakan salah satu penanda aras kelestarian yang paling dihormati di dunia, menilai ketahanan sesebuah syarikat terhadap risiko jangka panjang serta keupayaan untuk memanfaatkan peluang dalam spektrum ESG. 

MSCI ialah penyedia global bagi indeks, analitik dan alat penyelidikan ESG yang digunakan secara meluas oleh pelabur institusi dan pengurus aset seluruh dunia.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: KOPERKASA umum dividen lapan peratus, lebih RM4 juta dikongsi dengan 25,000 anggota
Next: Pasaran getah  dijangka diniagakan dalam aliran meningkat minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.