Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Affin-CGC meterai MoU RM500 juta, perkasa perusahaan negara
  • BISNES

Affin-CGC meterai MoU RM500 juta, perkasa perusahaan negara

Utusan Sarawak 17 hours ago
MOU… Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah bertukar dokumen dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CGC Malaysia, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak pada Majlis Menandatangani MoU antara Kumpulan Affin dan CGC Malaysia di Hotel Hilton, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Kumpulan Affin dan Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai sehingga RM500 juta bagi memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat tier pertengahan (MTC) di seluruh negara.

Kerjasama strategik itu menekankan prinsip keterangkuman kewangan dan pertumbuhan perniagaan mampan dengan menyediakan skim jaminan terancang termasuk kemudahan modal kerja, pembiayaan perusahaan baharu serta sokongan pembiayaan lestari bagi menyokong peralihan negara kepada ekonomi rendah karbon.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, MoU berkenaan mencerminkan komitmen pihaknya untuk memperkasa tulang belakang ekonomi negara.

“Melalui kolaborasi ini, kami bukan sahaja memperluas akses kepada pembiayaan tetapi juga menyediakan penyelesaian inovatif yang membolehkan PMKS dan MTC terus berkembang, berdaya saing dan berdaya tahan,” katanya.

MOU… Rakaman gambar kenang-kenangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah selepas bertukar dokumen dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CGC Malaysia, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak pada Majlis Menandatangani MoU antara Kumpulan Affin dan CGC Malaysia di Hotel Hilton, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CGC Malaysia, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak menegaskan MoU tersebut menyediakan peluang besar terutama kepada MSME di Sabah dan Sarawak.

“Walaupun mandat kami bersifat nasional, pemeteraian MoU ini di Kuching menzahirkan keyakinan kami terhadap potensi besar rantau Borneo, khususnya dalam memperkukuh daya saing dan kelestarian perusahaan tempatan,” ujarnya.

Majlis pemeteraian itu turut disaksikan oleh Pengerusi Affin Bank, Dato’ Paduka Syed Mashafuddin, Pengerusi CGC, Dato’ Mohammed Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Dato’ Agil Natt, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar serta Ahli Lembaga Pengarah CGC, Musa Abdul Malek.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Syarikat bersekutu Gamuda menang kontrak pembangunan lebuh raya bernilai RM1.13 bilion di Limbang
Next: Kutipan SST buah import dijangka jana RM38 juta – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.