Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Affin Bank raih anugerah ‘Best New Bond Award 2026 The Asset’
  • SEMASA

Affin Bank raih anugerah ‘Best New Bond Award 2026 The Asset’

Utusan Sarawak 3 hours ago
TAHNIAH… Affin Bank Bhd menerima pengiktirafan ‘Best New Bond Award 2026’ daripada The Asset bagi.

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd menerima pengiktirafan ‘Best New Bond Award 2026’ daripada The Asset bagi terbitan pertama sebanyak AS$300 juta nota senior tanpa cagaran yang dimuktamadkan pada Jun 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu memaklumkan bahawa terbitan lima tahun tersebut menerima sambutan luar biasa daripada pelabur berkualiti tinggi dan bersifat global, dengan tempahan melebihi 3.5 kali ganda daripada jumlah bon yang ditawarkan dan nilai perolehan kontrak menghampiri AS$1 bilion.

“Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan keyakinan pasaran yang mendalam terhadap kekuatan kredit, daya tahan jangka panjang serta hala tuju strategik bank yang jelas,” katanya.

Bank itu berkata HSBC bertindak sebagai penyelaras, pengurus utama dan penasihat penarafan kredit, bersama Affin Hwang Investment Bank, MUFG Bank, manakala Standard Chartered sebagai penyelaras bersama dan pengurus utama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah berkata pengiktirafan ini menandakan sokongan penting terhadap kemasukan pertama Affin Bank ke pasaran bon dolar AS.

“Maklum balas luar biasa daripada para pelabur ini memperlihatkan keyakinan tinggi terhadap asas kredit kami, kejelasan strategi serta pelaksanaan berdisiplin di bawah Pelan Strategik Affin Axelerate 2028 (AX28),” kata beliau.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Planet baharu saiz bumi dikesan berhampiran zon boleh dihuni
Next: Pemotongan Bayaran Insentif Wilayah berisiko lemahkan sistem kesihatan Sarawak, Sabah dan Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.