Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Affin Bank mampu pacu pertumbuhan PKS di Sarawak
  • BISNES

Affin Bank mampu pacu pertumbuhan PKS di Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
Wan Lizozman 
Gambar sekitar majlis perasmian Cawangan Affin Bank Jalan Satok di Kuching hari ini. 

KUCHING: Affin Bank Bhd berpotensi besar untuk merangsang pertumbuhan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak melalui penyediaan pembiayaan bersasar, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata ia juga memberi sokongan terhadap transformasi digital serta inisiatif pembangunan kapasiti bukan kewangan, seiring hala tuju sektor ekonomi strategik negeri ini.

“Peranan bank ini penting dalam memperkasa PMS menerusi pelaksanaan inisiatif yang inklusif serta program celik kewangan, sejajar aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan berteraskan inovasi.

“Sokongan bukan kewangan melalui program seperti AFFIN BizChat boleh membantu PKS mendapatkan akses kepada sumber perniagaan, pandangan pasaran dan amalan terbaik yang dapat memperkasa mereka untuk berinovasi serta berkembang secara mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang disampaikan oleh Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar ketika merasmikan pembukaan Cawangan Affin Bank Jalan Satok di sini, hari ini.

Abang Johari berkata Affin Bank juga boleh memberi tumpuan kepada pembiayaan dan perkhidmatan nasihat kepada PKS dalam sektor yang menjadi fokus kepelbagaian ekonomi negeri, antaranya perusahaan agro, pelancongan, pembuatan, teknologi dan ekonomi hijau.

Melihat ke hadapan, beliau berkata Affin Bank berpotensi untuk berkembang bukan sahaja sebagai sebuah bank terkemuka di negara ini, tetapi juga sebagai kuasa kewangan serantau dengan menerima inovasi termaju seperti pembantu kewangan berkuasa kecerdasan buatan (AI), kelulusan pinjaman secara automatik, dompet digital dan platform perbankan terbuka.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah berkata pengembangan cawangan itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam meluaskan capaian bank dan meningkatkan keupayaannya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan runcit, PKS dan korporat melalui penyelesaian khusus dalam kewangan perdagangan, khidmat nasihat dan perbankan transaksi.

 “Dengan memperkukuh kehadiran kami dalam komuniti yang bersemangat ini, kami bukan sahaja meningkatkan kebolehcapaian, tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan inovatif dan penyelesaian kewangan berteraskan pelanggan bagi memperkasakan individu dan perniagaan dalam mencapai potensi penuh mereka,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: MATRADE sasar 400 syarikat tempatan, Hari Eksport Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.