Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aerobridge langgar enjin A380, penerbangan Qantas tertunda 21 jam
  • GLOBAL

Aerobridge langgar enjin A380, penerbangan Qantas tertunda 21 jam

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO tular.

SYDNEY: Satu penerbangan Qantas dari Sydney ke Johannesburg tertunda hampir sehari selepas pesawat itu dilanggar oleh sebuah aerobridge, lapor Xinhua.

Penerbangan QF63 sedang berada di pintu berlepas di Lapangan Terbang Sydney dan bersedia untuk berlepas pada 9.30 pagi Sabtu apabila sebuah aerobridge terlanggar satu daripada empat enjin pesawat Airbus A380 itu, menyebabkan kerosakan.

Penumpang yang menaiki pesawat kemudiannya turun melalui dek bawah pesawat.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Qantas dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan tertangguh selama 21 jam dan sebuah pesawat gantian dijadualkan berlepas pada 6.45 pagi esok.

Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana aerobridge boleh berlanggar dengan pesawat.

“Pesawat akan diperiksa oleh jurutera di Sydney dan dibaiki sebelum kembali beroperasi,” menurut kenyataan itu. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Bekalan bahan api ke enjin terputus sebelum pesawat Air India terhempas – Laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.