Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Advancecon peroleh 2 kontrak ECRL bernilai RM80.8 juta
  • BISNES

Advancecon peroleh 2 kontrak ECRL bernilai RM80.8 juta

Utusan Sarawak 5 years ago
Datuk Phum Ang Kia

KUALA LUMPUR: Pakar perkhidmatan kerja tanah dan kejuruteraan awam, Advancecon Holdings Bhd memperoleh dua kontrak bernilai RM80.8 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd untuk menyediakan kerja subgred dan kerja-kerja berkaitan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur  (ECRL).

Kontrak pertama bernilai RM53.7 juta akan bermula dari 7 September 2020 hingga 6 Januari 2023, manakala kontrak kedua yang bernilai RM27.1 juta akan bermula pada 7 September 2020 hingga 6 September 2022. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advancecon, Datuk Phum Ang Kia berkata, kontrak itu akan membantu syarikat tersebut lebih bersedia dan kompetitif dalam bidaan tender ECRL pada masa depan dengan menggunakan sumber-sumbernya.

“Kontrak yang diperoleh ini merupakan rangsangan yang tepat pada masa bagi nilai perolehan kontrak kerja tanah dan kejuruteraan awam sedia ada kumpulan dan membuktikan keyakinan pelanggan terhadap kami untuk menjadi sebahagian daripada pemain yang terlibat dalam projek pembangunan prasarana terbesar negara itu.

“Rancangan kerajaan untuk melaksanakan ECRL dalam tempoh beberapa tahun akan datang sudah pastinya memberi prospek masa depan yang positif kepada kumpulan dalam projek mega prasarana ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata susulan kontrak baharu itu nilai perolehan kontrak Advancecon meningkat kepada RM771.1 juta dengan jaminan pendapatan pada minimum 28 bulan.

Nilai perolehan kerja tanah dan kejuruteraan awam kumpulan terdiri daripada projek prasarana seperti Lebuh Raya Pantai Barat, Lebuh Raya Pan Boneo dan jalan raya baharu di Sarawak di bawah Agensi Pembangunan Upper Rajang dan projek pembangunan hartanah termasuk Setia Alamsari (South), Eco Ardence dan Nilai Impian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ekspo Pembuatan Peralatan Antarabangsa China 2020 di Shenyang
Next: Iconic pelbagaikan operasi teroka pengeluaran PPE

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.