Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tellian sumbang lima lembu sempena Aidiladha
  • WILAYAH

ADUN Tellian sumbang lima lembu sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Tellian, Royston Valentine menyumbang sebanyak lima ekor lembu kepada Masjid Setia Raja Mukah, Masjid Jamek Mukah dan Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah di Kuala Lama, Mukah semalam. Foto UKAS

MUKAH: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyumbang sebanyak lima ekor lembu kepada Masjid Setia Raja Mukah, Masjid Jamek Mukah dan Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah.

Simbolik penyerahan lembu korban berlangsung di Kuala Lama, Mukah semalam.

Menurut Royston, program ini  mampu memperkukuhkan semangat kerjasama antara agensi, pusat khidmat dan masyarakat setempat.

Jelasnya, program ini juga menzahirkan komitmen beliau dalam menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan masyarakat Mukah.

Selain itu, ia juga menjadi symbol keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam meraikan Aidiladha yang bakal menjelang.

Agihan lembu korban akan dilaksanakan pada hari pertama Aidiladha, manakala Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah akan mengendalikan pelaksanaan korban pada hari ketiga bersama pihak urusetia saudara Kita di perkarangan Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah.

– UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 Pasukan sertai tarik tali Portgun Fest 2025, erat silaturahim belia
Next: Laluan merentas hutan di Taman Tumbina ditutup sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.