Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tellian sokong cadangan Sekolah Rendah Khas di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Tellian sokong cadangan Sekolah Rendah Khas di Mukah

Utusan Sarawak 3 hours ago
Royston Valentine berucap pada Majlis Apresiasi Gemilang dan Inspirasi Cemerlang (MAGIC) PPKI Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah yang berlangsung di sebuah hotel, semalam. Foto UKAS

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyambut baik cadangan pembinaan sebuah Sekolah Rendah Khas bagi murid berkeperluan khas di Bahagian Mukah.

Beliau berkata, pertambahan jumlah murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) setiap tahun menuntut penyediaan fasiliti khusus yang mampu menyokong pembelajaran secara holistik.

“Inisiatif ini wajar diberikan perhatian serius memandangkan keperluan pembelajaran murid PPKI semakin bertambah. Dengan adanya sekolah khas, ia dapat menyediakan persekitaran lebih sesuai serta menyokong perkembangan mereka secara menyeluruh,” katanya.

Royston berucap demikian pada Majlis Apresiasi Gemilang dan Inspirasi Cemerlang (MAGIC) PPKI Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurutnya, SK Mukah kini menempatkan lebih 90 murid PPKI dari prasekolah hingga Tahun 6, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk penstrukturan semula kemudahan pendidikan khas di kawasan berkenaan.

Majlis MAGIC diadakan bagi mengiktiraf pencapaian murid PPKI dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulum dan kemahiran kendiri, selain menghargai komitmen ibu bapa serta sokongan komuniti terhadap pendidikan inklusif.

Pada majlis itu, Royston turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 bagi melaksanakan aktiviti tahunan PPKI SK Mukah pada tahun hadapan.

Turut hadir, Guru Besar SK Mukah Burhanuddin Kaderi, Yang Dipertua PIBG SK Mukah Tanrapijan Serkawi, Pengerusi Biro PPKI Peleadzman Ahip serta Ketua Unit OKU Pejabat Kebajikan Masyarakat Mukah, Nurfathira Rashid. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lapan NGO terima geran MRP untuk perkasa program komuniti
Next: UNIFOR salur RM180,000 kepada dua gereja di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.