Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tanjong Batu tinjau Pasar Utama Bintulu
  • WILAYAH

ADUN Tanjong Batu tinjau Pasar Utama Bintulu

Utusan Sarawak 17 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang meninjau keadaan Pasar Utama Bintulu yang memerlukan penambahbaikan. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Penjaja dan peniaga kecil yang sekian lama menjadi tulang belakang ekonomi komuniti perlu diberi perhatian sewajarnya agar terus mampu beroperasi dalam persekitaran yang selamat, selesa dan menarik kepada pelanggan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata tumpuan terhadap kelangsungan penjaja bukan hanya tertumpu kepada isu fizikal pasar semata-mata sebaliknya memerlukan strategi sokongan yang lebih holistik dan bersepadu.

“Pasar Utama Bintulu bukan sekadar bangunan. Ia mencerminkan sejarah, budaya dan usaha gigih para penjaja yang selama ini menyumbang kepada ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau pasar berkenaan, hari ini.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang meninjau keadaan Pasar Utama Bintulu yang memerlukan penambahbaikan. Foto: Carolyne Utih

Lawatan itu turut disertai Pengerusi Persatuan Penjaja Bersatu Bintulu, Voon Chin Leong.

Johnny Pang berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas daripada penjaja yang masih bersemangat untuk terus berniaga walaupun berdepan pelbagai kekangan termasuk kemudahan yang terhad dan bilangan pengunjung yang semakin merosot.

“Ramai dalam kalangan mereka berniaga sejak puluhan tahun. Mereka bukan sahaja menyara keluarga malah mewujudkan jaringan ekonomi mikro yang penting. 

“Justeru, kita perlu bantu hidupkan semula daya tarikan pasar agar penjaja tidak terus terpinggir,” jelasnya.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuklah pemerkasaan semula lot-lot kosong dengan peniaga baharu, memperkenal program promosi pasar tradisi serta meningkatkan fasiliti asas seperti pencahayaan, paip air dan bumbung perlindungan.

Beliau juga menggesa usaha naik taraf seumpama itu mempertimbangkan peranan pasar sebagai pusat interaksi sosial dan warisan tempatan.

“Kita mahu generasi baharu kembali melihat pasar sebagai tempat bernilai, bukan sahaja untuk membeli-belah tetapi sebagai sebahagian identiti Bintulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menggantikan lampu yang rosak di bahagian pasar ikan dan akan terus memantau keperluan teknikal lain dalam masa terdekat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam tuai rumah baharu terima watikah pelantikan
Next: 20 mesin jet air perkukuh infrastruktur di Jepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.