Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tanjong Batu tinjau segera gangguan elektrik akibat pelanggaran tiang
  • WILAYAH

ADUN Tanjong Batu tinjau segera gangguan elektrik akibat pelanggaran tiang

Utusan Sarawak 10 hours ago
PIHAK Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu meninjau kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Tanjong Batu hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Gangguan bekalan elektrik secara mengejut yang melanda kawasan perumahan di Tanjung Batu di sini pagi tadi mendapat perhatian segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Beliau berkata, beberapa penduduk telah menghubunginya bagi melaporkan kejadian tersebut, sebelum pihak daripada pusat khidmatnya turun padang untuk meninjau situasi di lokasi terjejas.

“Hasil maklumat awal daripada pihak berkuasa, bekalan dijangka disambung semula pada sebelah petang. 

“Kerja-kerja pembaikan dijalankan secara kecemasan bagi menangani masalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pemerhatian di lokasi mendapati terdapat tiang utiliti yang senget dan serpihan kenderaan bertaburan, dipercayai akibat pelanggaran kenderaan terhadap salah satu tiang elektrik.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar hanya akan diketahui selepas siasatan penuh dijalankan oleh pihak berwajib.

“Bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kawasan terjejas telah ditutup sementara sehingga kerja pembaikan selesai sepenuhnya,” ujarnya.

PIHAK Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu meninjau kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Tanjong Batu hari ini. Foto: Carolyne Utih

Beliau turut menasihatkan para pemandu agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan itu dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh pembaikan.

Johnny turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan mempertimbangkan langkah pencegahan jangka panjang bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.

“Kita semua bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan infrastruktur awam sentiasa terpelihara. Saya harap semua pengguna jalan raya lebih peka dan memandu dengan berhemah,” tegasnya.

Oleh Craolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Selepas lebih 10 hari tanpa air, penduduk Lawas kini berdepan gangguan telekomunikasi
Next: Lagi berlaku tekanan air rendah, paip bocor di Tanjong Batu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.