Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tanjong Batu ingatkan orang ramai waspada akaun media sosial palsu
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Tanjong Batu ingatkan orang ramai waspada akaun media sosial palsu

Utusan Sarawak 4 hours ago
FACEBOOK palsu yang menyamar sebagai beliau, dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan dan penyebaran maklumat tidak sahih.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kewujudan akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai individu lain.

Beliau berkata, kewujudan akaun palsu sedemikian bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi digunakan bagi tujuan penipuan serta penyebaran maklumat tidak sahih.

PASUKAN Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai beliau.

Menurutnya, tindakan menyamar di platform media sosial merupakan satu perkara serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan reputasi individu serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

“Orang ramai perlu sentiasa menyemak kesahihan sesuatu akaun sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat, terutama yang melibatkan urusan kewangan, data peribadi atau pautan mencurigakan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau platform media sosial sekiranya menemui akaun yang mencurigakan atau disyaki palsu.

Sementara itu, pasukan khidmat beliau telah membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Menurut beliau, laporan itu dibuat sebagai langkah serius bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan serta memastikan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

Continue Reading

Previous: APM musnahkan dua sarang tebuan di kebun sawit Jalan Suri, Spaoh
Next: Jawatan KMKK amanah besar bukan keistimewaan – ADUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.