Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Tamin sumbang dua televisyen kepada Gereja Katolik St Gerald
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Tamin sumbang dua televisyen kepada Gereja Katolik St Gerald

Utusan Sarawak 20 hours ago
ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang diwakili Kaunselor Nyireng Saleh menghulurkan sumbangan dua unit televisyen pintar kepada Gereja Katolik St. Gerald, Sekuau semalam. Foto: Akun Giman

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang menghulurkan sumbangan dua unit televisyen pintar kepada Gereja Katolik St. Gerald, Sekuau.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakilnya Kaunselor Nyireng Saleh, pada sebuah majlis semalam.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan menyokong kelancaran aktiviti keagamaan dan pengimarahan rumah ibadat, khususnya sempena sambutan Sembahyang Missa Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak gereja, terutamanya untuk tayangan lagu-lagu rohani serta pelbagai aktiviti ibadat yang lain. 

“Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami menyokong keharmonian dan kebajikan masyarakat pelbagai agama di DUN Tamin,” ujarnya.

Turut disaksikan oleh Pengerusi Gereja St. Gerald, Joseph Serang Inang.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Ibu ACS Sibu eratkan komuniti gereja pelbagai denominasi
Next: Naik taraf talian grid 33KV dari Kampung Kaba ke Simpang Nyabor bakal dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.