Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Stakan sumbang bantuan Gawai kepada golongan kurang berkemampuan
  • WILAYAH

ADUN Stakan sumbang bantuan Gawai kepada golongan kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Stakan, Datuk Hamzah Brahim tampil memberi sumbangan kepada keseluruhan 300 penerima dari pelbagai kampung majoriti kaum Iban dan Bidayuh hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan yang akan meraikan sambutan Gawai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim tampil memberi sumbangan kepada keseluruhan 300 penerima dari pelbagai kampung majoriti kaum Iban dan Bidayuh.

Simbolik penyerahan Sumbangan Gawai 2025 disempurnakannya di Dewan Prima Bai Mandai, Kampung Quop kepada 60 penerima yang hadir hari ini.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan sempena sambutan Hari Gawai yang akan datang, di mana penerima terdiri daripada penduduk Kampung Merdang Limau, Kampung Merdang Lumut, Kampung Sijiram dan Taman Samarindah.

“Dengan adanya sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menyambut Hari Gawai yang akan datang kelak,” ujar beliau.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Kampung Quop, Bonita Andrew.

–UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bas jadi pilihan utama pulang sambut Gawai Dayak
Next: ADUN Kedup tegaskan peranan KMKK, umum projek jalan baharu RM5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.