Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Semop agih sumbangan Gawai kepada 50 buah rumah panjang
  • WILAYAH

ADUN Semop agih sumbangan Gawai kepada 50 buah rumah panjang

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol menyerahkan sumbangan Gawai kepada 50 buah rumah panjang di perkarangan letak kereta Mupong dan Dewan Sungai Sian, Bintangor, hari ini. Foto UKAS

BINTANGOR: Menjelang sambutan Hari Gawai Dayak, sebanyak 858 pintu dari 50 buah rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop menerima sumbangan istimewa berupa ayam segar, sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat menjelang perayaan utama masyarakat Dayak itu.

Sumbangan tersebut diserahkan secara simbolik oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol dalam majlis yang berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu di perkarangan letak kereta Mupong dan Dewan Sungai Sian, Bintangor, hari ini.

Menurut beliau, pemberian itu bertujuan memberi keceriaan dan meringankan beban isi rumah panjang untuk meraikan Gawai dalam suasana lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap keluarga. Ia juga merupakan salah satu cara untuk kita menyemarakkan semangat kebersamaan dan muhibah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Kesemua sumbangan diagihkan kepada Tuai Rumah yang kemudiannya bertanggungjawab menyampaikan bantuan tersebut kepada setiap pintu rumah panjang di bawah jagaan mereka.

Beliau turut mengingatkan agar masyarakat Dayak terus mengekalkan nilai tradisi, perpaduan, dan jalinan hubungan baik dalam komuniti masing-masing, selari dengan semangat Hari Gawai yang meraikan warisan budaya dan kekuatan masyarakat pelbagai kaum.

“Semangat Gawai bukan sahaja tentang meraikan hasil tuaian, tetapi juga simbol kekuatan hubungan antara komuniti dan pemimpin.

“Tradisi ini perlu terus disemarakkan agar ia kekal relevan dalam generasi akan datang,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Melanau Sibu, yang diterima oleh Pengerusinya, Mohd Manis Ili sebagai tanda sokongan terhadap penglibatan aktif komuniti Melanau dalam pembangunan sosial dan budaya di kawasan itu.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Opar serah tapak enam projek RTP
Next: LKAMD peruntuk RM105,000 bagi ibadah korban di Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.