Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • ADUN Repok sumbang 848 beg sekolah kepada pelajar SMK Tinggi Sarikei
  • PENDIDIKAN

ADUN Repok sumbang 848 beg sekolah kepada pelajar SMK Tinggi Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
PRIHATIN… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan beg sekolah kepada pelajar SMK Tinggi Sarikei.

SARIKEI: Sebanyak 848 beg sekolah telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei.

Katanya, bidang pendidikan merupakan asas penting bagi pembangunan negara dan masyarakat.

“Sekiranya negara mahu mencapai kemajuan jangka panjang, pendidikan mesti diberi keutamaan.

“Hasrat terbesar saya dalam arena politik adalah untuk menekankan pembangunan pendidikan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan tersebut, baru-baru ini.

RAKAM KENANGAN… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penerima beg sekolah di di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei.

Katanya, melalui peruntukan daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTP) atau sumber lain, beliau berusaha untuk menaik taraf kemudahan sekolah.

“Kebajikan pelajar juga harus dijaga. Setiap tahun, saya telah mengagihkan beg sekolah, pakaian seragam dan kasut sekolah kepada murid-murid sekolah rendah dan pelajar menengah di kawasan Sarikei dan Meradong.

“Saya amat menitikberatkan pembangunan sekolah ini. Oleh itu, sebagai pelajar, anda semua harus rajin belajar. Hari ini anda adalah pelajar, suatu hari nanti apabila telah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, ingatlah untuk memberi sumbangan semula kepada sekolah yang telah mendidik anda,” katanya.

Tambahnya, selain memperoleh keputusan cemerlang, pelajar juga perlu memiliki akhlak dan tingkah laku yang baik.
“Hargailah jasa pengetua dan guru-guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan hormatilah juga ibu bapa anda,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: RM10.15 juta untuk naik taraf SMK Saribas, pacu pendidikan Daerah Debak
Next: Tawaran kemasukan tingkatan enam boleh disemak mulai esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.