ADUN Opar tinjau projek bernilai lebih RM1 juta di Lundu

Facebook
WhatsApp
ADUN Opar, Billy Sujang berkesempatan turun padang melawat empat tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) di empat lokasi yang berlainan semalam. Foto UKAS

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkesempatan turun padang melawat empat tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) di empat lokasi yang berlainan semalam.

ADUN Opar, Billy Sujang berkesempatan turun padang melawat empat tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) di empat lokasi yang berlainan semalam. Foto UKAS

Tapak projek RTP yang dilawat adalah projek naik taraf padang bola sepak Kampung Stenggang yang bernilai RM100,000 dan projek menaik taraf dapur balai raya Kampung Tembawang Sauh yang bernilai RM60,000.

Selanjutnya, Billy juga melawat tapak projek GKCDA iaitu projek bina baru Dewan Serbaguna Kampung Serayan Cina dan projek bina baru Dewan Serbaguna Kampung Perian yang masing-masing bernilai RM450,000.-UKAS