Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Murum pantau banjir di Uma Kulit
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Murum pantau banjir di Uma Kulit

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TURUN PADANG…Kennedy Chukpai Ugon meninjau keadaan banjir di Uma Kulit, Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap, hari ini.
– Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum

BELAGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon bersama Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit dan Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah turun padang memantau situasi banjir yang melanda Uma Kulit, Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap, hari ini.

Banjir itu disifatkan sebagai yang terburuk pernah berlaku di kawasan berkenaan, dengan banyak kawasan kediaman dinaiki air.

Menurut Kennedy, paras air banjir mula menunjukkan tanda-tanda surut pada sebelah petang, namun usaha bantuan dan penyelesaian jangka panjang perlu diberi perhatian segera.

“Syukur air banjir mula surut pada petang tadi.

“Semoga semua pihak bersabar dalam menghadapi dugaan ini.

“Kita berharap semua agensi segera memberi bantuan serta melihat kepada penyelesaian jangka masa panjang yang tuntas bagi masalah banjir ini yang terburuk setakat ini di BRS Sungai Asap,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RORO dipindah ke lokasi strategik, tingkatkan kerbersihan persekitaran
Next: Pertubuhan amal di Saratok genap 10 tahun, beri komitmen berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.