Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Mulu serah cek MRP kepada 21 penerima
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Mulu serah cek MRP kepada 21 penerima

Utusan Sarawak 1 day ago
TERIMA KASIH….Penerima cek MRP bergambar bersama Datuk Gerawat Gala sebaik selesai sesi penyerahan cek.

MARUDI: Sebanyak 21 pertubuhan dan organisasi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM290,000.

Peruntukan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala di Pusat Khidmat DUN Marudi, hari ini.

Antara penerima peruntukan termasuk PIBG SK Rh Gudang (RM8,000), Serakup Induk Dayak Sarawak (SIDS), Unit Rh Sa (RM3,000), SIDS Unit Sungai Dabai (RM5,000), SIDS Unit Stapang A (RM8,000), Kelab Sukan dan Rekreasi Kakitangan Majlis Daerah Marudi (RM5,000), SIDS Poyut A (RM5,000), JKKK Rh Anja Sungai Selejau Baru (RM15,000), JKKK Rh Ridap Sungai Pasir (RM30,000) dan AJKK Rh Philip Seri Upar (RM36,000).

Turut menerima peruntukan, PSTN PIBG SMK Telang Usan (RM10,000), AJKK Rh Sungai Ridan (RM5,000), SIDS Pampang Marudi (RM5,000), JKKK Rh Nanta Sandom Sungai Malikat A Marudi (RM20,000), AJKK Rh Adam (RM10,000), SIDS Unit Rh Jimbau Sungai Gudang (RM5,000), SIDS Unit Stapang A (RM3,500), JKKK Kampung Lubok Nibong (RM20,000), PIBG SJK Sungai Jaong Marudi (RM8,000), JKKK Rh Ridap Sungai Pasir (RM5,000), dan JKKK Sungai Babi Marudi (RM81,000).

Dalam ucapannya, Datuk Gerawat mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap peruntukan tersebut digunakan sebaiknya untuk melaksanakan projek yang telah dirancang, termasuk projek fizikal, pembinaan bangunan dan inisiatif komuniti lain.

Beliau turut mengingatkan agar setiap penerima yang telah menyiapkan projek atau sedang melaksanakannya menghantar laporan kemajuan kepada Pejabat Pusat Khidmat DUN Mulu sebagai rujukan dan rekod.

“Penerima yang ingin memohon peruntukan baharu juga perlu memastikan laporan lengkap projek terdahulu dikemukakan terlebih dahulu,” tegas beliau.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: SMK Methodist bagi insentif kepada 27 pelajar cemerlang STPM
Next: Program Khidmat Nasihat Undang-Undang Percuma di Miri, 1 Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.