Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong terima kunjungan hormat pegawai Imigresen Bahagian Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong terima kunjungan hormat pegawai Imigresen Bahagian Sarikei

Utusan Sarawak 3 months ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Suriani Bujang (dua kanan) dan pegawai imigresen Bahagian Sarikei. Foto UKAS

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menerima kunjungan hormat daripada pegawai Imigresen Bahagian Sarikei yang diketuai oleh Ketua Imigresen Bahagian Sarikei yang baharu, Suriani Bujang semalam.

Koung Hiing menyatakan rasa penghargaan terhadap kunjungan tersebut dan menzahirkan terima kasih kepada pegawai imigresen atas sokongan serta kerjasama erat yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Saya amat gembira menerima kunjungan ini dan mengalu-alukan kehadiran Suriani Bujang sebagai Ketua Imigresen Bahagian Sarikei yang baharu.

“Saya juga menghargai dedikasi serta komitmen pihak imigresen dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya kepada media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong.

Dalam pertemuan itu, Suriani turut memohon sokongan Koung Hiing bagi menempatkan Pejabat Pengeluar Pasport dan Unit Penguatkuasaan di bawah Jabatan Imigresen Bahagian Sarikei.

Menurut Suriani, penubuhan pejabat tersebut akan memudahkan penduduk Sarikei untuk memohon dan memperbaharui pasport dalam masa sehari tanpa perlu ke pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

Selain itu, Koung Hiing turut menerima surat permohonan peruntukan dana bagi Jawatankuasa Kebajikan dan Rekreasi Imigresen Sarikei (JKRIS) untuk menjalankan aktiviti kebajikan bagi kakitangan jabatan tersebut.

Beliau memberi jaminan untuk meneliti permohonan yang dikemukakan dan akan berusaha memastikan perkhidmatan imigresen di Sarikei terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Air pasang berlaku semasa rondaan pemantauan
Next: JPJ periksa 113 kenderaan dalam ops harian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.