Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Meradong santuni 50 orang kanak-kanak Rumah Methodist Sibu di Bintangor
  • TEMPATAN
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong santuni 50 orang kanak-kanak Rumah Methodist Sibu di Bintangor

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama rombongan dari Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Seramai 50 orang kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu berpeluang menyertai lawatan ke Bintangor bagi memberi pengalaman baharu dan mengeratkan hubungan antara komuniti setempat.

Rombongan tersebut disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing bersama isterinya, Datin Kueh Nai Fun.

Lawatan turut disertai ahli-ahli SUPP Cawangan Nangka yang diketuai pengerusinya, Chua Beng Seng, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan kemasyarakatan dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak terhadap kehidupan komuniti luar bandar.

Sepanjang lawatan, mereka berpeluang beramah mesra dengan pemimpin tempatan selain menyertai aktiviti santai yang memberi pengalaman bermakna kepada mereka.

Menurut Koung Hiing, program seperti ini amat penting dalam membentuk keyakinan diri serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya amat menghargai usaha pihak penganjur yang membawa kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu melawat ke Bintangor.

“Saya berharap lawatan seperti ini dapat memberi kenangan indah serta pengalaman bermakna kepada mereka, di samping memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada media, semalam.

Tambahnya, golongan kanak-kanak merupakan aset penting negara yang perlu diberi perhatian dan sokongan berterusan agar mereka dapat membesar dalam persekitaran yang positif dan kondusif.

Dalam masa sama, beliau turut menziarahi mangsa kebakaran di Rumah Nancy, Sungai Meradong sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga yang terjejas akibat musibah tersebut.

Turut hadir, Pengerusi SUPP Cawangan Nangka, Chua Beng Seng; Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor, Lau Sie Hing; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong dan Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelbagai projek infrastruktur akan di bina di Marudi
Next: Warga emas hilang di Belaga, operasi SAR diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.