Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong raikan Gawai, ambil peluang dengar suara rakyat
  • WILAYAH

ADUN Meradong raikan Gawai, ambil peluang dengar suara rakyat

Utusan Sarawak 2 days ago
SELAMAT DATANG…..Penduduk rumah panjang menyambut ketibaan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Foto: Earl Anek

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing bersama isterinya Datin Kueh Nai Fun meneruskan kunjungan Gawai Dayak 2025 ke 17 buah rumah panjang pada semalam. 

Rumah-rumah panjang yang dikunjungi sempena Gawai Dayak adalah di beberapa kawasan DUN Meradong iaitu di Ulu Stras, Sungai Rayah dan Sungai Sekijang Labas. 

Katanya, walaupun semalam adalah hari ketiga Gawai Dayak, namun begitu suasana sambutan masih sangat meriah. 

“Pelbagai program menarik dilaksanakan oleh semua penduduk rumah panjang sempena Gawai Dayak. 

“Sepanjang kunjungan ini, saya turut mengambil kesempatan melihat dan mendengar sendiri permohonan yang telah dibangkitkan melalui tuai rumah dan penduduk rumah panjang,” katanya ketika ditemui media semalam.

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK….Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang semasa kunjungan sempena Gawai Dayak, semalam. Foto: Earl Anek

Dalam pada itu, katanya, pelbagai insentif disalurkan seperti kad Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), Program Faedah Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB), Bantuan Ibu Bersalin (BIB) dan Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) oleh kerajaan Sarawak. 

“Pada 2026, kerajaan Sarawak akan melaksanakan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES). 

“Institusi yang terlibat adalah institusi pengajian tinggi milik Sarawak, iaitu Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Kolej Universiti i-CATS,” katanya. 

Semasa kunjungan tersebut juga, Koung Hiing turut dijemput untuk menyanyi dan menari tarian poco-poco.

Selain itu, beliau juga melakukan simbolik ‘Ngiling Bidai’ (menggulung tikar) bersama tuai rumah dan penduduk rumah panjang sebagai tanda berakhirnya Gawai Dayak di rumah panjang tersebut. 

Pada hari sama, Koung Hiing turut menghadiri majlis perkhawinan di dua rumah panjang iaitu di Rumah Keded, Ulu Stras dan Rumah Sukin, Sungai Sekijang Labas.

Turut serta semasa kunjungan tersebut ialah ahli-ahli SUPP Cawangan Bintangor. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai eratkan hubungan masyarakat pelbagai generasi
Next: Mangsa kebakaran Paloh terima bantuan tunai, keperluan asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.