Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong meriahkan sambutan Gawai Dayak di 17 rumah panjang
  • WILAYAH

ADUN Meradong meriahkan sambutan Gawai Dayak di 17 rumah panjang

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing melawat 17 buah rumah panjang sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2025  di sekitar kawasan Meradong semalam. Foto UKAS

BINTANGOR: Sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2025, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing telah melawat sebanyak 17 buah rumah panjang yang berlangsung meriah di sekitar kawasan Meradong semalam.

Antara kawasan rumah panjang yang dilawati termasuk Tanah Putih, Sungai Petai, Skim B, Sungai Baron, Jalan KJD, Ulu Binatang dan Sungai Janting, Bintangor.

Lawatan ini turut diserikan dengan penyampaian lagu Iban oleh Datuk Ding yang turut serta dalam aktiviti poco-poco bersama penduduk rumah panjang, menyemarakkan lagi suasana kemeriahan menjelang perayaan Gawai Dayak.

Beliau menyatakan kegembiraan kerana ramai penduduk telah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Gawai bersama keluarga tersayang.

“Sambutan Gawai tahun ini amat meriah dan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, baik yang muda mahupun yang tua.

“Ia menunjukkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan yang kuat dalam komuniti Dayak,” ujarnya.

Beliau turut mengambil peluang mendengar pelbagai permohonan dan cadangan daripada tuai rumah serta penduduk sepanjang lawatan tersebut.

Walaupun dalam suasana sambutan yang meriah, isu-isu kebajikan dan keperluan penduduk tetap diberi perhatian.

“Sebarang permohonan daripada penduduk atau tuai rumah disalurkan secara rasmi melalui surat kepada Pusat Khidmat DUN Meradong agar tindakan susulan dapat diambil dengan lebih sistematik,” jelasnya.

–UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah PPWS bakal dibina di Kampung Tanjung Pisang
Next: Perayaan ‘Tau Pelepek Uman’ lambang perpaduan, warisan budaya Kenyah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.