Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong komited bantu gereja, salur dana naik taraf dewan St. James Parish
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong komited bantu gereja, salur dana naik taraf dewan St. James Parish

Utusan Sarawak 18 hours ago
UCAPAN….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berucap pada majlis perasmian jualan amal St. James Parish.

BINTANGOR: Komitmen memperkukuh kebajikan dan prasarana komuniti terus dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Katanya, beliau bersyukur kerana dapat bersama komuniti tempatan pada majlis perasmian jualan amal St. James Parish yang bukan sahaja mengukuhkan kebersamaan, malah menggalakkan usaha kebajikan melalui jualan amal.

SIMBOLIK PERASMIAN….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing melakukan simbolik perasmian majlis jualan amal.

“Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul dalam majlis ini. 

“Tahniah serta penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan pameran serta jualan amal ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, baru-baru ini. 

Katanya, hasil kutipan jualan akan disalurkan bagi menyokong aktiviti tahunan gereja. 

Pada masa sama, beliau mengumumkan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong untuk menaik taraf prasarana dewan gereja St. James Parish. 

“Ia meliputi pemasangan pintu baharu, kerja mengecat serta penyediaan penghawa dingin di dalam dewan,” katanya. 

TANDA KENANGAN…..Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama yang lain di jualan amal.

Selain itu, Koung Hiing turut memaklumkan akan menyalurkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada gereja tersebut bagi membantu menjayakan aktiviti tahunan 2025.

“Saya berharap sumbangan ini nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan komuniti dan jalinan mesra antara satu sama lain akan terus diperkukuh pada masa akan datang. 

“Saya sentiasa terus menyokong inisiatif komuniti setempat, terutamanya yang berkait rapat dengan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat,” ujarnya. 

Turut hadir Pastor Jaol Galang.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program kesedaran sempena Hari Kebangsaan tarik 50 peserta di Julau
Next: NSJA lancar operasi pembersihan laut, teguh lindungi terumbu karang Miri-Sibuti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.