Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong hadiri mesyuarat program bantuan MyLesen B2
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong hadiri mesyuarat program bantuan MyLesen B2

Utusan Sarawak 1 day ago

MESYUARAT…  Datuk Ding Kuong Hiing mempengerusikan mesyuarat Program BLM Motorsikal B2 DUN Meradong. 

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menghadiri mesyuarat Program Bantuan MyLesen Memandu (BLM) Motorsikal B2 DUN Meradong. 

Katanya, borang penyertaan program boleh didapatkan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Meradong dan dihantar semula ke pusat khidmat tersebut selepas siap diisi. 

“Sebarang pembayaran akan dimaklumkan oleh Akademik Memandu Ing Sarikei. Objektif program adalah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih mengutamakan keselamatan jalan raya, memahami serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. 

“Ia juga bertujuan mengatasi masalah tidak memiliki lesen memandu Kelas B2 yang sah di kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut, bertempat di Pejabat Daerah Meradong, semalam. 

Katanya, syarat penyertaan adalah warganegara Malaysia yang genap 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan mental. 

“Sasaran calon untuk menyertai program ini adalah pelajar sekolah yang berumur genap 16 tahun, penerima bantuan kerajaan dan golongan yang kurang berkemampuan di bandar,” katanya. 

Tambahnya, Akademik Memandu Ing Sarikei dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei akan bermula membuat pendaftaran calon dan taklimat iaitu Ceramah KPP dan Ujian Bahagian I Bertulis kepada semua calon pada 20 September 2025. 

Turut hadir Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Sarawak mewakili Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Yusniman Mohamad; Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Yusuf Andan.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komited tangani isu air bertakung, sistem saliran tersumbat
Next: JPJ Miri perkukuh integriti melalui Ikrar Bebas Rasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.