Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong agih kalendar dan limau mandarin sempena TBC
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong agih kalendar dan limau mandarin sempena TBC

Utusan Sarawak 5 hours ago
AGIH LIMAU… Datuk Ding Koung Hiing mengagihkam limau mandarin kepada pengunjung di Pasar Tamu Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pendekatan mesra rakyat terus menjadi keutamaan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, bersama isterinya Datin Kueh Nai Fun turun padang menyantuni para peniaga kecil dan pengunjung di Pasar Tamu Bintangor sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor berkata, program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan perayaan, sebaliknya menjadi medium penting untuk mendekati rakyat.

“Pengagihan kalendar, kad TBC dan limau mandarin ini membawa maksud simbolik sebagai ucapan selamat menyambut TBC, di samping melambangkan harapan agar tahun baharu membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh masyarakat.

“Ia juga menjadi medium terbaik untuk berinteraksi secara langsung dengan peniaga dan penduduk setempat, mendengar pandangan dan memahami isu-isu yang dihadapi di peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya, Pasar Tamu Bintangor merupakan antara nadi ekonomi komuniti setempat yang menempatkan ramai peniaga kecil, justeru kebajikan dan keperluan mereka sentiasa diberi perhatian oleh beliau sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, Datin Kueh Nai Fun turut meluangkan masa beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung pasar sambil menyampaikan ucapan perayaan serta kata-kata semangat menjelang TBC.

Koung Hiing dan isterinya turut bergambar bersama peniaga dan pengunjung sebagai kenangan, sekali gus menjadi simbol hubungan erat antara pemimpin dan rakyat.

Turut hadir Naib Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Boung Ong; Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong; dan Bendahari Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Kapitan Leong King Yung.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Randau Akademi Dalam Industri buka perspektif baharu belia tentang dunia pekerjaan
Next: Empat organisasi kebajikan terima sumbangan Persatuan Ketua Kaum MasyarakatCina Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.