ADUN Marudi raikan Gawai bersama penduduk Baram Hilir

Facebook
WhatsApp
Datuk Dr Penguang Manggil memeriahkan sambutan Hari Gawai di beberapa buah rumah panjang di kawasan Baram Hilir, Marudi baru-baru ini. Foto UKAS

MARUDI: Penduduk di beberapa buah rumah panjang di kawasan Baram Hilir, Marudi teruja dengan kehadiran wakil rakyat mereka yang datang memeriahkan Hari Gawai baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil telah berkunjung sempena Hari Gawai ke Rumah Assam, Rumah Frederick, Rumah George, Rumah Ngelingkong, Rumah Chabop, Rumah Mekal, Rumah Budin dan Rumah Nawah.

DATUK Dr Penguang Manggil memeriahkan sambutan Hari Gawai di beberapa buah rumah panjang di kawasan Baram Hilir, Marudi baru-baru ini. Foto UKAS

Kehadiran beliau ke rumah panjang berkenaan, menandakan komitmen beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi untuk terus memelihara budaya kunjung-mengunjung yang menjadi simbol perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.

Ujarnya, perjalanan beliau kali ini dilakukan melalui laluan sungai menggunakan bot ekspres, mencerminkan cabaran logistik di kawasan pedalaman namun tidak menjadi halangan untuk meneruskan tradisi ‘ngabang’ ke kawasan Baram Hilir, Marudi.

Rombongan itu disertai sekitar 70 orang terdiri daripada ketua masyarakat Ketua Masyrakat dan Ketua Kaum (KMKK), para kaunselor dan ahli-ahli parti politik dari kawasan DUN Marudi, merangkumi pelbagai latar belakang etnik.

Oleh Adum Liu