
MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil akan mengadakan rumah terbuka sempena Perayaan Gawai Dayak 2025.
Menerusi perkongsian dalam aplikasi WhatApps, Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi dalam kenyataan beliau, Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 tersebut akan diadakan di Dewan Masyarakat Beluru.
Katanya Rumah Terbuka tersebut akan dilangsungkan pada Sabtu ini bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Beliau menjemput semua rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Gawai Dayak dalam suasana harmoni, kemesraaan dan mewujudkan semangat perpaduan.
Katanya bagi memeriahkan suasana sambutan Gawai Dayak, beliau serta keluarga turut menjemput beberapa artis tempatan untuk menghiburkan para jemputan dan beberapa aktiviti permainan asal Iban turut diadakan.
Oleh Jiku Juguong