Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Machan galak lepasan SPM pilih bidang berpotensi cerah
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Machan galak lepasan SPM pilih bidang berpotensi cerah

Utusan Sarawak 10 hours ago

TAHNIAH….Allan menyampaian sijil kepada pelajar Tngkatan 6 Semester 3 pada Majlis Graduasi dan Aspresiasi SMK Kanowit Kali Ke-46 bagi 2025.

KANOWIT: Bagi setiap pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi merupakan satu kebanggaan dan persediaan membina masa depan yang lebih cerah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong berkata, lepasan sekolah digalakkan memilih bidang pengajian yang diminati serta mempunyai prospek pekerjaan yang baik pada masa hadapan.

Menurut beliau, pemilihan bidang pengajian yang tepat bukan sahaja membantu pelajar membina kerjaya, malah mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Saya menyeru agar lepasan sekolah yang memilih kerjaya seperti doktor, guru, jururawat dan profesion lain supaya kembali berkhidmat di tempat asal masing-masing setelah menamatkan pengajian,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi dan Aspresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit Kali Ke-46 bagi 2025.

SEKITAR KEMERIAHAN…..Persembahan murid pada Majlis Graduasi dan Aspresiasi SMK Kanowit Kali Ke-46 bagi 2025

Dalam ucapannya, Allan turut menggalakkan murid lepasan sekolah memilih bidang berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) memandangkan bidang tersebut kini digunakan secara meluas dan semakin berkembang pesat.

Pada majlis sama, beliau menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kanowit bagi membantu melancarkan pelaksanaan aktiviti sekolah.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit Sektor Perancangan, Joseph Jabu, Penolong PPD Kanowit Sektor Pengurusan Sekolah, Nancy Tadong, Yang Dipertua PIBG SMK Kanowit, Brendon Ullok Dominic Demong serta tetamu lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Saluran paip bocor punca gangguan air di Simanggang
Next: 131 kenderaan diperiksa dalam Operasi Gempur JPJ Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.