Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Lingga tegaskan komitmen kerajaan pastikan kawasan luar bandar tidak tercicir
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Lingga tegaskan komitmen kerajaan pastikan kawasan luar bandar tidak tercicir

Utusan Sarawak 7 hours ago
DAYANG Noorazah ketika menghadiri majlis Ngiling Tikai di Rumah Minin, Tanjung Baru, Maludam, kelmarin. Foto: ADUN Lingga

MALUDAM: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmen dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan fizikal dan sosioekonomi menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata usaha menaik taraf kemudahan asas akan terus menjadi agenda utama bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kualiti hidup yang lebih selesa dan selamat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Ngiling Tikai di Rumah Minin, Tanjung Baru, Maludam, kelmarin yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi, kemeriahan dan semangat kekeluargaan bersama penduduk setempat.

Dayang Noorazah berkata, kerajaan sentiasa komited membantu memenuhi keperluan infrastruktur yang amat diperlukan oleh masyarakat, termasuk merancang pelbagai projek bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan luar bandar.

“Pembangunan prasarana seperti jalan raya, bekalan air bersih dan sistem perparitan yang lebih cekap merupakan aspek penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta membuka lebih banyak peluang kepada sektor pertanian dan perniagaan,” katanya.

Selain menyentuh agenda pembangunan, Dayang Noorazah berkata kunjungan ke rumah panjang itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat sempena sambutan Gawai Dayak yang diraikan setiap tahun.

“Majlis seperti Ngiling Tikai ini adalah platform terbaik untuk pemimpin dan rakyat berinteraksi secara langsung, sekali gus bertukar pandangan mengenai keperluan serta isu pembangunan di kawasan masing-masing,” jelasnya.

Menurut Dayang Noorazah, pendekatan turun padang dan komunikasi dua hala membolehkan setiap permasalahan yang dihadapi penduduk akar umbi dikenal pasti dengan lebih cepat untuk tindakan susulan oleh pihak berkaitan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji semangat perpaduan yang ditunjukkan masyarakat Maludam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang namun terus hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada tuan rumah serta seluruh penduduk Rumah Minin atas sambutan mesra dan meriah yang diberikan sepanjang majlis Ngiling Tikai, sambil berharap semangat kebersamaan itu terus menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek jalan ladang BDDA permudah akses penduduk Lubang Landak, Sungai Klampai
Next: Media sosial perlu digunakan dengan adab dan tanggungjawab – ADUN Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.