Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Lingga santuni Majlis Iftar Ramadan bersama penduduk Kampung Pangkat
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Lingga santuni Majlis Iftar Ramadan bersama penduduk Kampung Pangkat

Utusan Sarawak 11 hours ago
DAYANG Noorazah menghadiri Majlis Iftar Ramadan bersama masyarakat setempat anjuran Ranting Wanita PBB Kampung Pangkat di Surau Rhiadus Solihin, Kampung Pangkat, semalam. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menghadiri Majlis Iftar Ramadan bersama masyarakat setempat anjuran Ranting Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Pangkat di Surau Rhiadus Solihin, Kampung Pangkat, semalam.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh penduduk kampung yang hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut yang diadakan sempena Ramadan.

Majlis berkenaan menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah.

Menurut Dayang Noorazah, program seumpama itu amat penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.

Beliau berkata, Ramadan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan amal ibadah, malah menjadi ruang terbaik untuk mempererat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Selain berbuka puasa bersama, majlis tersebut turut diisi dengan aktiviti keagamaan yang memberi penghayatan lebih mendalam terhadap keberkatan Ramadan.

Dayang Noorazah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ranting Wanita PBB Kampung Pangkat atas jemputan dan usaha menganjurkan majlis berkenaan.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan masyarakat serta memupuk semangat kebersamaan.

Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi berbuka puasa bersama yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Mimpi ngeri nyamuk di Tabuan Desa dan Tabuan Jaya
Next: RM400,000 laksana dua projek RTP di DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.