Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Lingga sanjung semangat sukarelawan wira kemanusiaan Sarawak  
  • TEMPATAN

ADUN Lingga sanjung semangat sukarelawan wira kemanusiaan Sarawak  

Utusan Sarawak 10 hours ago
DAYANG Noorazah hadir pada Majlis Malam Pengiktirafan Sukarelawan 2025 anjuran BSMM Cawangan Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel, di sini malam tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menzahirkan penghargaan mendalam terhadap para sukarelawan yang telah banyak menabur bakti dalam kerja-kerja kemanusiaan di seluruh negeri Sarawak.

Menurutnya, semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Sarawak di seluruh pelusuk negeri memperlihatkan nilai kemanusiaan sejati yang harus terus dipupuk dalam masyarakat.

“Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan para sukarelawan yang banyak menabur bakti dalam kerja-kerja kemanusiaan di seluruh negeri Sarawak.

“Setiap usaha dan pengorbanan anda membawa makna yang besar kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Pengiktirafan Sukarelawan 2025, anjuran BSMM Cawangan Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel, di sini malam tadi.

Dayang Noorazah turut memuji MRC Cawangan Sarawak atas inisiatif mengadakan majlis penghargaan tersebut sebagai tanda pengiktirafan kepada wira-wira tanpa uniform yang sentiasa bersedia membantu ketika bencana, krisis kesihatan, mahupun dalam program pembangunan komuniti.

Antara anugerah utama yang disampaikan termasuklah Sukarelawan Terbaik 2025, Pengurusan Bencana Terbaik 2025, Pemuliharaan Alam Sekitar & Penanaman Pokok Terbaik 2025, serta beberapa kategori lain seperti Pegawai Muda Terbaik, Unit Kadet Terbaik dan Anugerah Media Sosial Terbaik.

Dayang Noorazah turut menyeru agar semangat kesukarelawanan ini terus disemai dalam kalangan generasi muda agar kesinambungan perjuangan kemanusiaan dapat diteruskan.

“Sukarelawan adalah nadi kepada masyarakat penyayang dan bertanggungjawab. Teruskan berbakti dengan ikhlas kerana setiap tindakan kecil yang anda lakukan membawa impak besar kepada dunia,” tambahnya.

Majlis yang penuh warna itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada penerima cemerlang serta diakhiri dengan sesi penghargaan khas buat semua sukarelawan BSMM di Sarawak yang telah menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang tahun.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi BSMM Cawangan Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Pengerusi BSMM Bahagian Sri Aman, Isaac Stalin Simon Japut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: KKR laksana Projek Garisan Merah naik taraf jalan raya di Sarawak
Next: Sikie Tayai rayu semua ahli PRS bergerak sebagai satu pasukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.