Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ADUN Lingga salur RM42,250 sokong dua bazar Ramadan di Bandar Simanggang
  • SEMASA

ADUN Lingga salur RM42,250 sokong dua bazar Ramadan di Bandar Simanggang

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Noorazah semasa hadir merasmikan Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman 2026, di Jalan Hospital Sri Aman, petang ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Komitmen menyokong ekonomi rakyat terus dizahirkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, menyalurkan keseluruhan insentif berjumlah RM42,250 bagi menyokong penganjuran dua lokasi bazar Ramadan di Bandar Simanggang pada tahun ini.

Menurut beliau, Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, malah bulan yang membuka seluas-luasnya pintu rezeki kepada para usahawan tempatan, khususnya penjaja kecil yang bergantung kepada jualan bermusim untuk menambah pendapatan keluarga menjelang Aidilfitri.

“Fiesta Bazar Ramadan ini menjadi platform penting dalam merancakkan ekonomi masyarakat kita di Sri Aman. 

DAYANG Noorazah semasa hadir merasmikan Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman 2026, di Jalan Hospital Sri Aman, petang ini. Foto: Adi Safarman

“Dalam masa yang sama ia membantu penjaja menambah pendapatan keluarga untuk persiapan Aidilfitri,” katanya ketika merasmikan Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman 2026, di Jalan Hospital Sri Aman, petang ini.

Sebagai tanda sokongan berterusan, Dayang Noorazah menyalurkan insentif sebanyak RM22,250 kepada Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman 2026 anjuran bersama Resepi Teratak, Persatuan Persaudaraan Melayu Betong-Sri Aman dan Jawatankuasa Usahawan Simanggang.

Tidak terhenti di situ, semalam beliau turut menyalurkan RM20,000 kepada Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simanggang yang berlangsung di hadapan Pasar Tamu Sri Aman.

DAYANG Noorazah semasa hadir merasmikan Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman 2026, di Jalan Hospital Sri Aman, petang ini. Foto: Adi Safarman

“Ini bukan sekadar angka, ini adalah komitmen. Ini tanda saya sentiasa berdiri bersama para penjaja dan rakyat Sri Aman. 

“Selagi diberi amanah, kebajikan dan pembangunan ekonomi komuniti akan terus menjadi keutamaan,” tegasnya.

Dayang Noorazah berharap sumbangan tersebut mampu meringankan beban penjaja, menyuntik semangat untuk terus berniaga dengan dedikasi serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat setempat. 

Inisiatif sama pernah dilaksanakan pada tahun 2024 dan diteruskan semula tahun ini susulan sambutan positif.

Dalam masa sama, beliau menyeru agar semua peniaga menjaga kebersihan, memastikan kualiti makanan serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan agar kejayaan bazar bergantung kepada disiplin dan kerjasama bersama. 

Dayang Noorazah turut mengajak masyarakat Sri Aman menyokong peniaga tempatan kerana sokongan rakyat adalah kekuatan utama usahawan kecil.

Selain insentif bazar, Dayang Noorazah turut mengumumkan penganjuran Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri yang bakal diperluaskan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, dengan menyediakan hadiah yang lumayan.

Hadiah utama berjumlah RM5,000 berserta piala dan sijil, tempat kedua RM3,000, ketiga RM2,000 serta saguhati RM150 kepada setiap penyertaan yang layak. Inisiatif itu bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dan kreativiti komuniti menjelang Syawal.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rusia, Malaysia dalam rundingan sambung semula penerbangan terus tahun ini – Duta
Next: 1,300 pek bubur lambuk diagihkan penduduk setempat di Kampung Tengah Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.