Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Lingga puji program CSR JTS Betong, Magna Focus bantu komuniti Triso
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Lingga puji program CSR JTS Betong, Magna Focus bantu komuniti Triso

Utusan Sarawak 3 hours ago
DAYANG Noorazah pada Majlis Penyerahan Bantuan Dana CSR anjuran JTS Bahagian Betong bersama Magna Focus Sdn. Bhd. di Dewan Serbaguna Triso, Maludam baru-baru ini. Foto: ADUN Lingga

MALUDAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha murni melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu bukan sahaja mencerminkan komitmen sosial jabatan kerajaan dan syarikat swasta, malah turut membantu memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pelbagai pihak demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, sumbangan dan sokongan berterusan terhadap komuniti setempat amat penting dalam memastikan pembangunan sosial dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong bersama Magna Focus Sdn. Bhd. di Dewan Serbaguna Triso, dekat sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, sumbangan berjumlah RM20,000 telah disampaikan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Triso bagi tujuan penambahbaikan kemudahan serta fasiliti di Dewan Serbaguna Triso.

Selain itu, dana berkenaan turut disalurkan bagi menyokong usaha membaikpulih Masjid Kampung Triso demi keselesaan dan manfaat penduduk di kawasan tersebut.

Dayang Noorazah berkata, kejayaan sesuatu pembangunan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara agensi, pemimpin masyarakat serta komuniti setempat.

Tambah beliau, pendekatan kerjasama strategik seperti itu selari dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030 yang menekankan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat.

Beliau turut berharap lebih banyak program CSR dapat dilaksanakan pada masa hadapan bagi membantu meningkatkan kemudahan asas dan memperkasakan pembangunan komuniti luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ‘Wira Merah’ tonggak penyelamatan negara, pengorbanan demi rakyat sentiasa dihargai
Next: Projek naik taraf dewan Kolej Tingkatan Enam Saratok akan dilaksana tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.