Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • ADUN Lingga hargai dedikasi guru, pelajar Pendidikan Khas
  • PENDIDIKAN

ADUN Lingga hargai dedikasi guru, pelajar Pendidikan Khas

Utusan Sarawak 2 hours ago
DAYANG Noorazah pada Majlis Penangguhan Pertandingan Petanque Triple Terbuka Pendidikan Khas Sri Aman-Lubok Antu 2025 di SMK Lingga semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menzahirkan penghargaan kepada para guru dan pelajar Pendidikan Khas yang sentiasa menunjukkan semangat tinggi dalam kegiatan kokurikulum.

Beliau berkata, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga Pendidikan Khas membuktikan bahawa semangat juang dan keazaman mampu mengatasi segala kekangan yang dihadapi.

“Guru-guru Pendidikan Khas memainkan peranan besar dalam membimbing pelajar dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mereka adalah antara tulang belakang penting dalam memastikan setiap pelajar diberi peluang untuk menyerlah potensi diri,” katanya.

DAYANG Noorazah pada Majlis Penangguhan Pertandingan Petanque Triple Terbuka Pendidikan Khas Sri Aman-Lubok Antu 2025 di SMK Lingga semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Pertandingan Petanque Triple Terbuka Pendidikan Khas Sri Aman-Lubok Antu 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga semalam.

Dayang Noorazah turut menyatakan rasa bangga terhadap usaha luar biasa pelajar Pendidikan Khas yang bukan sahaja aktif dalam bidang akademik tetapi juga menyerlah dalam kegiatan kokurikulum.

“Setiap insan itu istimewa dan mempunyai keupayaan tersendiri. Apabila diberi ruang serta sokongan yang sewajarnya, mereka juga mampu mencapai kecemerlangan,” ujarnya.

Sebelum majlis bermula, beliau turut meninjau kawasan sekitar SMK Lingga serta mendengar makluman terkini daripada Pengetua sekolah, Mesra Beji, mengenai perkembangan semasa sekolah serta beberapa keperluan dan kekangan yang dihadapi.

Dalam pada itu, Dayang Noorazah menekankan kepentingan memastikan kemudahan sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif untuk pelajar serta guru.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: TVET jadi tonggak utama pembangunan modal insan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.